AGIHAN ZAKAT
83) AGIHAN ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut?
Berdasarkan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor, harta zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf seperti mana yang dinyatakan dalam alQuran (at-Taubah: 60). Namun begitu, empat asnaf utama atau disebut asnaf yang muqaddam (terawal) iaitu fakir, miskin, amil dan mualaf mestilah diberikan keutamaan dalam agihan zakat berbanding dengan empat asnaf yang muahar (terkemudian) iaitu riqab, gharimin, ibnu sabil dan fisabilillah.
Di Selangor, kebanyakan bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah adalah berbentuk sumbangan dan ia diberi berdasarkan permohonan semasa dan kelayakan mengikut kriteria yang telah digariskan di dalam Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor.
Banyak usaha telah dilaksanakan oleh LZS dalam membantu golongan fisabilillah terutama melalui Program Pembangunan Pendidikan. Ini termasuklah melalui Bantuan Umum Pelajaran yang diberikan bagi membantu meringankan beban pelajar sekolah dan IPT. LZS turut memberi bantuan zakat berbentuk dermasiswa kepada pelajar luar negara khususnya Mesir, Jordan dan Morocco.
Bagi membantu institusi agama di Negeri Selangor, LZS berperanan dalam menyalurkan bantuan zakat kepada masjid, surau dan sekolah agama yang memerlukan bantuan dari segi membina, membaik pulih dan peralatan.
