LORI KOMPAKTOR
64) LORI KOMPAKTOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk membeli lori kompaktor?
Untuk makluman YB, pembelian 50 buah lori pemampat sampah untuk kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melibatkan wang Kerajaan Negeri. Pembelian tersebut dibuat melalui syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.
Di dalam proses pembelian tersebut, KDEB telah menjalankan proses Request for Proposal iaitu Pelawaan Memberi Cadangan ada November 2011 di mana tidak kurang daripada 17 buah syarikat pembekal kompaktor telah dipelawa untuk mengemukakan cadangan untuk membekalkan 50 buah kompaktor.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan termasuk cadangan daripada syarikat-syarikat seperti Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd. Terdapat juga syarikat-syarikat yang lebih kecil seperti Bumi GT Sdn. Bhd. dan Syarikat Pembekalan dan Perkhidmatan Lezan yang telah mengemukakan cadangan untuk membekalkan 50 buah kompaktor tersebut.
Sejumlah 13 buah syarikat telah mengemukakan cadangan untuk membekal kompaktor tersebut. Harga yang dikemukakan menjulat dari RM252,500 hingga RM396,000 untuk sebuah kompaktor.
