PUSAT KEBUDAYAAN TIONGHUA, MELAYU DAN INDIA DI KLANG
85) PUSAT KEBUDAYAAN TIONGHUA, MELAYU DAN INDIA DI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terbaru pembinaan Pusat Kebudayaan Tionghua, Melayu dan India di Klang dan apakah masalah-masalah teknikal yang masih belum diselesaikan sehingga menyebabkan kelewatan yang begitu lama?
Terakhir, satu pameran telah diadakan bertempat di Pusat Membeli Belah AEON Bukit Raja, Bandar Baru Klang bermula 27 Jun hingga 1 Julai 2012. Ketiga-tiga cadangan Pembangunan Pusat Kebudayaan ini telah dipamerkan bersamasama Pelan Induk Perancangan Pembangunan Sungai Klang. Orang ramai telah dijemput untuk menyaksikan pameran tersebut serta memberi maklumbalas mengenai cadangan pembangunan ini melalui borang kajiselidik yang telah disediakan. Perasmian pelancaran telah diadakan pada Sabtu 30 Jun 2012 jam
3.00 petang oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor.
Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor kini dalam usaha mengenalpasti lot-lot tanah yang terlibat bersama Pejabat Daerah & Tanah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menjalankan proses pewartaan kawasan dan zon. Setelah itu Kerajaan Negeri akan melantik mana-mana syarikat perunding, agensi atau mana-mana pihak pemaju atau pelabur yang dikira berkemampuan bagi tujuan mengimplementasikan cadangan projek tersebut.
Kerajaan juga memandang serius pembangunan Sungai Klang yang akan mengambil masa sekitar 30 tahun dan akan menelan belanja sebanyak RM70bilion. Oleh itu Kerajaan Negeri harus meneliti perkara-perkara teknikal
supaya perancangan dan pemajuan ini berjalan lancar tanpa implikasi politik, persekitaran atau pun kewangan yang ketara.
Ingin saya tekankan di sini bahawa kita tidak mengalami kelewatan dalam pembangunan ini tetapi kita dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan proses dan prosidur. Kita berharap kerja-kerja seterusnya berjalan lancar.
