MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
107) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS sejak 2008 sehingga kini ?
Majlis Agama Islam Selangor terlibat dalam perniagaan sewaan dan pembangunan hartanah untuk menampung operasinya dalam menguruskan harta umat Islam seperti faraid, harta pusaka, wasiat dan hibah selain menawarkan perkhidmatan sosial memulihkan akidah, perlindungan wanita dan pengurusan mualaf.
