TUNTUTAN SUBSIDI AIR
156) TUNTUTAN SUBSIDI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Saban hari semakin ramai penduduk pangsapuri / rumah flat mengemukakan tuntutan dan tunggakan subsidi air 20m padu percuma kepada kerajaan negeri. Apakah kerajaan negeri tetap tidak mahu memberikan tunggakan tersebut?
a) Kerajaan Negeri tidak akan memulangkan nilai wang tersebut kerana tuntutan rebet air percuma daripada penduduk pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal hanya dibayar berdasarkan tarikh aktif akaun meter air individu atau permohonan pertama diterima melalui program “Lapor dan Dapat”.
