DASAR PENGURANGAN KADAR CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK PETAK PANGSAPURI KOS RENDAH
183) DASAR PENGURANGAN KADAR CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK PETAK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak unit rumah yang telah menerima manfaat ini mengikut PBT sehingga sekarang?
Semua unit rumah pangsapuri kos rendah adalah layak secara automatik untuk menerima kemudahan potongan diskaun 25% cukai pintu tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
Pemilik yang bermastautin atau mendiami sendiri petak/unit di sesebuah pangsapuri kos rendah.
- Hakmilik strata hendaklah dikemukakan sebagai bukti dokumen pemilikan rumah untuk mendapat PERAKUAN SAH PEMASTAUTIN daripada mana-mana Pihak Berkuasa seperti berikut:
- Badan Pengurusan Bersama (Pengerusi/Setiausaha);
[Joint Management Boc/y (JMB)]
- Perbadanan Pengurusan;
Management Corporation (MC)]
• Pesuruhjaya Bangunan; atau
Commissioner Of Building (COB)]
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Walau bagaimanapun, bagi pemilik yang tiada atau masih belum membuat pindah milik hakmilik strata boleh mengemukakan surat perjanjian jual beli sebagai bukti dokumen pemilikan rumah.
- Pemilik tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran pada petak
- Waris pemilik juga layak mendapat pengurangan diskaun (sama ada pemilik masih hidup atau telah meninggal dunia).
Walaubagaimanapun, statistik tuntutan diskaun cukai pintu daripada pemilik sedang dikemaskini oleh semua PBT memandangkan keputusan pelaksanaan dasar tersebut baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September 2012.
