BEKALAN AIR
184) BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah permohonan industri baru ditolak oleh kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air?
Pihak SYABAS telah menangguhkan kelulusan ke atas permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh Pemaju Hartanah atas alasan kekurangan kapasiti bekalan air untuk diagihkan oleh Jumlah keseluruhan permohonan yang telah ditangguhkan dari Januari 2012 sehingga Ogos 2012 adalah sebanyak 217 permohonan.
Tanggungjawab pihak SYABAS di bawah Perjanjian Konsesi hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. SYABAS telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai Agensi Perakuan (Cedify Agency) bagi tujuan menyemak dan meluluskan pelan-pelan sistem pembekalan air baru yang dikemukakan oleh Pemaju Hartanah. Peranan SYABAS sebagai Agensi Perakuan tersebut adalah setakat memberikan ulasan teknikal dan seterusnya meluluskan pelan-pelan pembangunan projek bekalan air sahaja.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mempertimbangkan dan meneruskan untuk meluluskan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh Pemaju Hartanah yang telah ditangguhkan oleh SYABAS atas dakwaan ketidakcukupan air sedangkan pelan-pelan telah disemak oleh SYABAS dan didapati adalah teratur dari segi teknikal dan boleh dilaksanakan mengikut asas kejuruteraan dan guna tanah.
Namun demikian, sekiranya permohonan Pemaju Hartanah tersebut tidak mendapat sokongan dari SYABAS atas alasan masalah teknikal, maka permohonan Pemaju tersebut perlu disemak semula oleh Pemaju Hartanah berkenaan bagi memastikan semua syarat teknikal telah dipatuhi.
