PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
199) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab-sebab Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjual bangunan- bangunan yang dimiliki oleh PKNS?
Tuduhan berkenaan adalah tidak benar kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat langsung untuk menjual lima aset komersial iaitu SACC Mail, Menara PKNS, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Aset-aset berkenaan bernilai RM321 juta masih kekal milik 100 peratus PKNS dan ia hanya dipindahkan kepada satu entiti milik penuh PKNS supaya aktivitinya dan penyelenggaraan, urusan pengurusan bangunan lebih efisien dan
Langkah korporat ini juga diperakui oleh badan profesional yang dilantik iaitu Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang dilantik bertindak membuat penstrukturan semula PKNS. Pelantikan ini juga telah diluluskan oleh Ahli Perbadanan.
