MASJID JAMEK KANCHONG DARAT
72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?
Cadangan pembinaan semula Masjid Jamek Kanchong Darat masih dibuat dan usaha- usaha bagi pengumpulan dana melalui tabung pembinaan Masjid masih dilaksanakan.
