PEMBIAYAAN TERHADAP ADUN
77) PEMBIAYAAN TERHADAP ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri didapati membiayai kos rawatan dan guaman masalah peribadi melibatkan ADUN-ADUN pihak kerajaan. Siapakah yang telah dibiayai dan kos yang telah dikeluarkan?
Keseluruhan kos yang terlibat ialah RM 417,391.29 bagi urusan guaman swasta yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2009 dan 2010 seperti berikut : –
- Mahkamah Tinggi Shah Alam saman Pemula No. 21-240-2009 Peguam Negara – Plaintif SUK Negeri Selangor Darul Ehsan – Defendan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan – Defendan
Kes ini berkaitan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berasaskan panduan berurusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam urusan soal siasat. Kos yang terlibat RM16,377.00 (dibayar pada tahun 2009).
- Shah Alam Majistret Court Criminal Application (Inquest For Teoh Beng Hock) No. Kes : 88-10-2009
Kos yang terlibat RM 382,891.29 (dibayar pada tahun 2010).
- Mahkamah Shah Alam
No. Kes : 62-221-2009
Pengendalian Kes reman dan perbicaraan kes SPRM terhadap Encik Wong Chuan How, Pegawai Khas kepada YB. Ronnie Liu.
Kos yang terlibat RM 35,000.00 (dibayar pada tahun 2010).
Kos rawatan perubatan yang melibatkan Ahli-Ahli Dewan Negeri adalah sejumlah RM528,866.45 iaitu bagi tahun 2010 – RM 513,224.69 dan Jan hingga Mac 2011
– RM15,341.71.
