ISU HAKMILIK TANAH

79) ISU HAKMILIK TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah rakyat di Negeri Selangor yang telah menikmati pemberian Hak milik Tanah asal mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008, 2009 & 2010?

    1. Setakat ini bilangan pemberimilikan tanah adalah seperti di Lampiran A. Maklumat mengikut pecahan kaum/umur /dsb sedang diusahakan. Atas dasar keterbukaan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan permohonan  pemberimilikan  tanah  kepada semua pemohon dan warganegara Malaysia tanpa mengira negeri kelahiran dan kaum. Kesemua pemberimilikan tanah adalah berdasarkan peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam Seksyen 43 Kanun Tanah

     

    PERMOHONAN HAK MILIK TANAH SEHINGGA 2010

     

     

     

    DAERAH

     

    BIL    PERMOHONA N DITERIMA

     

    TINDAKAN MMKN/MTE S

    KEPUTUSAN
    LULUS TOLAK TANGGUH
    MMK N MTES
    KLANG 20 8 8 2 2
    SABAK BERNAM 58 24 12 8 14
    GOMBAK 66 8 23 27 8
    HULU SELANGOR 56 32 10 8 6
    PETALING 29 8 11 7 3
    HULU LANGAT 64 21 26 8 9
    KUALA SELANGOR 39 13 17 2 7

     

     

     

    KUALA LANGAT 23 8 6 4 5
    SEPANG 33 23 6 4
    JUMLAH 388 145 119 66 58

     

    *          Statistik adalah berdasarkan bilangan fail yang diterima,manakala statistik mengikut bilangan pemohon/kaum/dsb masih menunggu maklum balas daripada PTD

     

    Kriteria-kriteria yang diguna pakai bagi meluluskan pemberimilikan tanah adalah berpandukan Pekeliling PTG.Sel.Bil. 1/2008 seperti berikut:-

    1. Permohonan dari Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta untuk tujuan awam seperti Tenaga Nasional Berhad;

     

    1. Pengusaha asal yang telah mengusahakan atau menduduki tanah sekurang- kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari

     

    • Permohonan tanah yang telah diluluskan oleh MMKN sebelum ini tetapi gagal menjelaskan notis tuntutan premium dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-

     

    • Pemohon asal yang telah diluluskan atau warisnya yang dipersetujui oleh keluarga yang memohon semula tanah tersebut; dan

     

    • Pemohon baru dapat mengemukakan bukti yang lengkap  bahawa  pemohon asal yang telah diluluskan memberi kuasa atau menyerahkan hak kepadanya untuk memohon semula tanah

     

    1. Permohonan lot-lot bersebelahan dan persekitaran telah pun dikeluarkan hak milik oleh Pihak Berkuasa Negeri;

     

    1. Tanah yang dirampas dan dipohon semula oleh pemilik asal atau pihak yang mempunyai tuntutan ke atas hak milik yang dirampas;

     

    1. Tanah milik pemohon yang telah diserahkan kepada Kerajaan akibat daripada pembangunan bagi tujuan yang telah dikhaskan dan dipohon semula setelah mendapat persetujuan bahawa lot-lot terbabit tidak diperlukan oleh Kerajaan bagi tujuan yang telah dikhaskan tersebut;

     

     

     

     

     

    • Tanah tamat tempoh pajakan yang dipohon oleh pemilik asal atau pihak yang mempunyai tuntutan. Permohonan tamat tempoh akan dikenakan denda RM200.00 bagi setiap satu (1) tahun kelewatan dan jika mengemukakan selepas lima (5) tahun tamat tempoh pajakan bayaran dikenakan adalah sebanyak  RM200 x 5 tahun;

     

    Antara langkah–langkah yang telah diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan tanah- tanah yang telah diberikan adalah seperti berikut:-

    1. Sekiranya pemantauan di tapak mendapati berlakunya pelanggaran syarat  di atas tanah berimilik, Pejabat Tanah akan mengeluarkan notis 7A (Panggilan Siasatan) atau Notis 7B (Siasatan & Mengemukakan Dokumen) kepada  Di peringkat ini pemilik tanah dimaklumkan akan kesalahan yang telah berlaku di atas tanah yang menyalahi dari segi Kanun Tanah Negara. Di peringkat ini juga, Pemilik dinasihatkan oleh Pentadbir Tanah untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memberhentikan kesalahan agar tindakan lebih berat tidak diteruskan.

     

    1. Sekiranya pemilik masih gagal untuk memberhentikan kesalahan, tindakan perundangan tanah selaras Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan  Galian  (KPTG) Bil. 5/1985 (semakan 2007) iaitu, apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat tanah, Pentadbir tanah boleh mengambil salah satu tindakan iaitu  sama ada terus merampas tanah tersebut di bawah Seksyen 129, Kanun  Tanah  Negara (KTN) atau memberi peluang kepada pemilik berdaftar tanah untuk meremedi di bawah Seksyen 128, KTN atau mengenakan denda terhadap tuan punya terlebih dahulu di bawah Seksyen 129,

     

Lampiran

Tiada Lampiran.