DATUK BANDAR, YANG DIPERTUA & PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH
174) DATUK BANDAR, YANG DIPERTUA & PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan sistem ÒKPIÓ bagi kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?
- Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan pengukuran prestasi kerja bagi Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan Pegawai-pegawai Daerah melalui Sistem ‘Sasaran Kerja Tahunan’. Walaupun sistem ini adalah berbeza dari ‘KPI’ namun objektif pengukuran masih menjurus kepada prestasi kerja Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis, Pegawai- pegawai Daerah dan juga semua ketua jabatan di negeri
Selain daripada Sasaran Kerja Tahunan tersebut, prestasi kerja Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis, Pegawai-pegawai Daerah secara khusus turut diukur melalui Laporan Prestasi Kerja Tahunan atau LNPT bagi setiap tahun. Laporan LNPT ini merupakan salah satu elemen yang menggambarkan prestasi kerja penjawat awam sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.
Selain daripada pengukuran-pengukuran tersebut, ada di antara jabatan/agensi melalui inisiatif sendiri melaksanakan sistem pengukuran prestasi mengikut kesesuaian jabatan itu sendiri, seperti KPI ,Balanced Scorecard dan sebagainya. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mula melaksanakan penilaian individu semua warga kerja secara bulanan. Ini secara kolektifnya mencerminkan prestasi keseluruhan jabatan serta ketua jabatan dan ianya dapat dipantau dari semasa ke semasa. Sebagai kesimpulan, kerajaan negeri memandang serius akan prestasi semua warga kerja di negeri Selangor dan akan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan.
