LOGO 1 MALAYSIA
178) LOGO 1 MALAYSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didapati tidak membenarkan penggunaan logo 1 Malaysia dipapan iklan atau papan niaga. Apakah rasional larangan tersebut ?
- Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini, dengan dibantu media tunggangan Barisan Nasional telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan Negeri Selangor terhadap penerbitan slogan
Kerajaan Negeri mengulangi ketetapan untuk tidak menerima penggunaan slogan 1Malaysia dan disebar luas di dalam Negeri Selangor atas sebab-sebab berikut : –
- Ia slogan hipokrasi yang tidak mempunyai makna jelas dari segi tafsiran dan pelaksanaan.
- Ia adalah slogan propaganda Barisan Nasional bagi mempromosi sokongan berbentuk
- Ia membazir wang rakyat dan pembayaran
Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak membenarkan mana-mana agensi kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) membelanjakan dana rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Barisan Nasional.
Oleh itu, logo 1Malaysia tidak akan dipaparkan di papan tanda milik Kerajaan negeri, agensi mahupun anak syarikat Kerajaan negeri Selangor. Keutamaan mesej Negeri Selangor lebih tertumpu pada pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak menghalang pemasangan iklan oleh individu untuk tujuan komersial selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana undang- undang sedia ada dan permohonan boleh dilakukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan.
