KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG
194) KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kawasan Sungai Tangkas membangun dengan pesat. Banyak pertambahan kediaman dan institusi berkembang. Bilakah jambatan merentas jalan kereta api dari Sungai Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi dapat disiapkan?
Jawapan oleh JKR Selangor
- Berdasarkan situasi semasa tiada keperluan untuk membina jambatan merentasi landasan kereta api di Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi. Tambahan pula terdapat jejambat yang menjadi alternatif penghubung ke kawasan ini. Walaubagaimanapun, keperluan jejambat pada masa hadapan akan dikaji semula.
