KERUGIAN KDEB
174) KERUGIAN KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah kerugian yang dialami oleh Anak Syarikat Negeri Selangor (KDEB) dalam tahun 2010 dan 2011?
Peringkat Kumpulan
Sebenarnya, bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Kumpulan KDEB telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM15.3 juta.
Walaubagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan tahun 2010, ianya adalah satu penurunan sebanyak RM51 juta berbanding keuntungan sebelum cukai berjumlah RM66.3 juta pada tahun 2010.
Kemerosotan di dalam prestasi kewangan Kumpulan KDEB pada tahun 2011 adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-
- Peningkatan lain-lain perbelanjaan sebanyak RM16.0 juta. Bagi tahun 2011, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah membuat peruntukan rosot nilai sebanyak RM56.7 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM10.9 juta dan seperti berikut:-
- peruntukan rosot nilai bagi penerimaan jangka panjang sebanyak RM20.8 juta;
- peruntukan rosot nilai untuk hartanah dipegang untuk pembangunan sebanyak RM30.8 juta; dan
- peruntukan rosot nilai untuk stok sebanyak RM5.1 juta. Di samping itu, Konsortium ABASS Sdn Bhd turut membuat peruntukan rosot nilai sebanyak RM22.3 juta bagi hutang yang telah melebihi 90 hari daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (“SYABAS”).
- Pengurangan di dalam bahagian keuntungan Kumpulan daripada syarikatsyarikat bersekutu sebanyak RM48.5 juta disebabkan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (“SPLASH”) mencatatkan peruntukan rosot nilai sebanyak RM67.7 juta bagi penerimaan hutang daripada SYABAS.
Sekiranya peruntukan rosot nilai sebanyak RM79.0 juta seperti yang disebut di atas tidak dicatatkan pada tahun 2011, Kumpulan KDEB akan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM94.3 juta. Perbandingan “apple to apple” in dengan jelas menunjukkan bahawa dari segi operasi, Kumpulan KDEB telah menunjukkan perkembangan prestasi yang lebih baik dari tahun 2010.
Peringkat Syarikat
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Syarikat KDEB mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM8.1 juta berbanding keuntungan sebanyak RM7.8 juta bagi tahun 2010.
Kerugian pada tahun 2011 adalah disebabkan oleh peningkatan kos faedah sebanyak RM8.1 juta. Ini adalah kerana jaminan bank untuk “Put Option” sebanyak RM225.8 juta telah ditukarkan menjadi pinjaman berpenggal pada 11 Ogos 2011 disebabkan oleh “Put Option” telah dilaksanakan oleh pihak Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Kadar faedah bagi pinjaman berpenggal adalah sebanyak 8.35% setahun berbanding kadar jaminan bank sebanyak 1.25% setahun.
Disamping itu, pada tahun 2011, tiada keuntungan daripada penjualan tanah sebagaimana yang dicatatkan pada tahun 2010 sebanyak RM55.6 juta.
- Peningkatan lain-lain perbelanjaan sebanyak RM16.0 juta. Bagi tahun 2011, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah membuat peruntukan rosot nilai sebanyak RM56.7 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM10.9 juta dan seperti berikut:-
