TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)

43) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga Mei 2011 berapa banyak penyertaan Tawas berbanding dengan kelahiran di negeri Selangor , Sila pecahkan mengikut daerah ?

    Jumlah kelahiran secara keseluruhan di negeri Selangor sehingga Mei 2011 mengikut anggaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), setahun adalah sebanyak 70,000 kelahiran. Setelah ditolak 10% mereka yang bukan warga Selangor untuk tempoh 2 ½ tahun seramai 158,000 kelahiran manakala seramai 47,763 (30%) yang telah didaftarkan untuk projek TAWAS. Buat masa ini YAWAS tidak dapat memberikan maklumat pecahan mengikut daerah, kerana dalam rekod YAWAS hanya terdapat pecahan mengikut DUN dan Parlimen sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.