PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH

86) PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengurusan kerja-kerja pembersihan dan sampah di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa pengambilalihan kerja-kerja pembersihan awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2011. Manakala bagi kerja-kerja pengutipan sampah domestik ia masih terletak di bawah pengurusan pihak Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB). Ini adalah disebabkan kerana terdapat banyak aduan yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor AFSB terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan. Hal ini diharapkan semoga dapat mengurangkan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung perkhidmatan yang diberikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.