PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL

147) PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita sering melihat penduduk kampung berdepan dengan masalah pembuangan sampah di kawasan mereka yang tidak menerima sebarang perkhidmatan pelupusan sampah daripada pihak PBT. Adakah kerajaan negeri ataupun PBT mempunyai cadangan untuk memberi perkhidmatan mengangkat sampah secara percuma kepada penduduk kampung ?

    Kerajaan Negeri tiada mempunyai sebarang cadangan untuk memberikan perkhidmatan kutipan sampah secara percuma kepada penduduk kampung. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga tiada cadangan untuk memberikan perkhidmatan kutipan sampah secara percuma memandangkan kos yang dikeluarkan untuk pelupusan sampah terlalu tinggi

Lampiran

Tiada Lampiran.