PORTAL BERSEPADU LAMAN WEB ADUN
62) PORTAL BERSEPADU LAMAN WEB ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana oleh laman-laman web setiap ADUN di semua DUN seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kekuatan dan potensi penerangan yang mampu dijana menerusi Laman Web dan dengan itu setiap ADUN telah diwujudkan bagi meletakkan maklumat ADUN di dalam laman masing-masing.
Ia bertujuan untuk :-
- Penyampaian maklumat yang mudah dan cepat – memudahkan rakyat mendapatkan informasi mengenai wakil rakyat mereka hanya dengan mencapai laman web rasmi kerajaan negeri tanpa perlu mencari di internet atau menelefon pejabat dewan
- Maklumat Tepat dan Telus – segala informasi mengenai ADUN seperti nama, kawasan, alamat pejabat, no telefon pejabat, alamat rumah dan email. Ada juga diantara ADUN yang meletakkan no telefon bimbit dan blog di dalam informasi tersebut.
Sasaran Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah untuk seluruh dunia, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Selangor khasnya.
Berdasarkan statistik di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, bermula 1 Ogos 2005 sehingga 30 Jun 2011, seramai 182,288 mencapai page ADUN untuk melihat dan mendapatkan maklumat mengenai ADUN di Selangor.
Di samping itu, pegawai di Pejabat DUN juga telah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat terkini mengenai ADUN di kawasan mereka melalui email ke webmaster Laman web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk dikemaskini.
