PREMIUM TANAH RM1000
106) PREMIUM TANAH RM1000
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah tujuan utama perlaksanaan Premium tanah RM 1000 ?
Tujuan utama pelaksanaan premium tanah RM 1,000 adalah untuk:-
- Memberikan hak milik kepada individu yang telah lama menduduki tanah kerajaan secara haram;
- Melanjutkan pajakan hak milik tanah individu yang telah luput tempoh pajakan dengan pengenaan premium yang mampu dijelaskan;
- Memutihkan hak milik individu yang telah melanggar syarat kegunaan tanah; dan Menyamaratakan pengenaan premium kepada rakyat Negeri Selangor tanpa mengira kawasan dan lokasi tanah tersebut berada.
