PREMIUM TANAH

107) PREMIUM TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ramai pemilik tanah bimbang dengan tamatnya tempoh pajakan tanah. Untuk memperbaharui mereka dikenakan premium yang tinggi. Apakah mekanisme yang digunakan bagi premium memperbaharui pemilikan tanah?

    Kerajaan telah memperkenalkan skim baru sebagai mekanisme untuk menggalakkan orang ramai memperbaharui tempoh pajakan (untuk tujuan bangunan kediaman sahaja). Pemohon akan ditawarkan dua kaedah pembayaran iaitu :-

    • Kaedah pertama :

    Bayaran secara sekali gus dengan diskaun 30% daripada premium yang dikenakan.

    • Kaedah kedua :

    Bayaran premium RM 1,000.00 nominal dan bayaran khas tanah akan dikenakan pada kadar 1/4 x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x tempoh pajakan x luas , akan dikenakan apabila pemilik tanah hendak menjual tanah tersebut melalui kaedah jual beli.

Lampiran

Tiada Lampiran.