TENAGA KERJA

62) TENAGA KERJA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada melaksanakan program mencari dan menempatkan pekerja tempatan dalam sektor perindustrian. Bagaimanakah status dan pencapaian program penempatan pekerja tersebut dan golongan manakah yang menunjukkan minat?

    1. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan program Jom Kerja dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor di seluruh daerah di negeri Selangor. Program Jelajah ‘Jom Kerja’ adalah bertujuan untuk menghebahkan peluang pekerjaan yang ada di Selangor kepada masyarakat

     

    Program Jom Kerja telah dijalankan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Klang bermula dari November 2009 sehingga Januari 2010. Sebanyak 21 buah syarikat telah turut serta di dalam program ini. Melalui program Jom Kerja,  sebanyak 185 orang telah ditawarkan pekerjaan terus semasa sesi ‘walk in interview’ yang dijalankan. Sejumlah 4,810 orang pengunjung telah memohon pekerjaan dan golongan remaja menunjukkan minat terhadap program ini. Ini dapat diterjemahkan melalui jumlah pemohon di kalangan remaja berumur antara 19 – 25 tahun adalah 4,010 orang (83.37%) berbanding 800 orang(16.63%) pula adalah di kalangan  dewasa  berumur antara 25 tahun dan ke atas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.