NEGERI BERKEBAJIKAN

63) NEGERI BERKEBAJIKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Konsep ÒNegeri BerkebajikanÓ dilancarkan agar semua rakyat Selangor mendapat manfaat dari hasil-hasil negeri. Selain daripada pemberian air percuma, nyatakan jumlah dan kelompok rakyat yang telah menikmati manfaat daripada konsep ini mengikut faedah?

    1. Konsep “Negeri Berkebajikan” menekankan bahawa sumber-sumber dan aset-aset negeri tidak akan disalahgunakan tetapi ia akan dimaksimumkan untuk manfaat rakyat. Berteraskan kepada konsep ini, Kerajaan Negeri mewujudkan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin. Ini bersesuaian dengan prinsip MES iaitu kepercayaan bahawa sumber-sumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu, kita memulangkan kekayaan negeri kepada mereka yang merupakan pemilik ekonomi yang

     

    Program MES yang melibatkan pengagihan peruntukan untuk kebaikan rakyat negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

     

    BIL.

     

    PROGRAM

    JUMLAH PENERIMA

    FAEDAH

    KELOMPOK RAKYAT
    1. Tabung Warisan Anak Selangor

    (TAWAS)

    12,424 Kanak-kanak
    2. Hadiah Anak Masuk Universiti 9,581 Belia
    3. Skim Mesra Usia Emas 9,131 Warga Tua
     

    4.

    Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu  

    2,261,865

    Pemilik meter

    individu di Negeri Selangor

    5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja

    Ladang

    4,776 Belia

     

     

     

    Selain daripada program-program di atas, terdapat juga program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) yang bertujuan untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga, penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point of contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas. Terdapat 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang,  Hospital  Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang.

     

    Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral juga merupakan salah satu program MES. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berlainan  dalam  aktiviti pengorekan bahan batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan  hasil  batuan  dan mineral yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hasil keuntungan akan diagihkan   dan diserahkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan dalam  program pelaksanaan Agenda MES. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang beroperasi sebagai syarikat kerajaan yang memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan pasir. Sehingga Disember 2009, hasil daripada penjualan pasir yang sudah diterima dan dikumpulkan adalah berjumlah RM35 juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM7.2 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.