PEMBANGUNAN ICT
77) PEMBANGUNAN ICT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status dan manfaat Projek Pusat Siber Rakyat dan siapakah yang mengendalikannya?
- Pusat Siber Rakyat (PSR) adalah penjenamaan semula projek Pusat Komuniti IT(PKIT) terdahulu. Tahun lepas terdapat lima(5) buah PSR yang telah diwujudkan iaitu :
- PSR Perpustakaan Awam Klang
- PSR Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Banting
- PSR Perpustakaan Awam Semenyih
- PSR Perpustakaan Awam Berjuntai Bestari
- PSR Perpustakaan Awam Kg Melayu Ampang
Manfaat bagi projek ini adalah rakyat berpeluang menggunakan kemudahan ICT ini dan seterusnya dapat mengurangkan jurang digital. Kesemua PSR akan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
- Pusat Siber Rakyat (PSR) adalah penjenamaan semula projek Pusat Komuniti IT(PKIT) terdahulu. Tahun lepas terdapat lima(5) buah PSR yang telah diwujudkan iaitu :
