PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

74) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?

    Projek pembesaran Sungai Rajah ini pada dasarnya merupakan sebahagian
    daripada kaedah penyelesaian mengurangkan masalah banjir di kawasan
    tersebut. Projek ini sebenarnya tidak diberhentikan tetapi ditamatkan perjanjian
    kontrak dengan pihak kontraktor kerana beberapa faktor. Faktor utama
    melibatkan penambahan kos pengalihan utiliti dan terdapat perubahan terhadap
    reka bentuk asal bagi mengikut spesifikasi di tapak. Adalah wajar projek ini
    diteruskan bagi mengatasi masalah banjir secara kolektif di samping memberi
    keselesaan kepada penduduk sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.