SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
97) SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang disediakan dalam geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (MARRIS) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri Selangor daripada tahun 2006-2010.
Untuk makluman jumlah peruntukan penyelenggaraan tahunan jalan raya yang
disediakan dalam geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi
memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di Negeri Selangor daripada tahun
2006-2010 adalah seperti yang berikut:
BIL TAHUN
TERIMAAN
PERUNTUKAN
MARRIS (RM)
PEMBERIAN PERUNTUKAN (RM) BAKI YANG
DIMASUKKAN
KE DALAM
AKAUN
AMANAH (RM) JKR JPS PBT
1 2006 174,095,714.00 74,551,350.00 1,000,000.00 27,500,000.00 71,044,364.00
2 2007 276,723,369.00 73,216,993.00 1,000,000.00 50,538,740.00 151,967,636.00
3 2008 300,966,292.00 139,692,557.64 1,500,000.00 130,000,000.00 29,773,734.36
4 2009 315,627,131.00 183,110,799.29 900,000.00 76,000,000.00 55,616,331.71
5 2010 325,000,000 142,790,000.00 2,499,250.00 61,887,960.00 117,822,790.00
Bagi Tahun 2010 jumlah RM325,000,000 yang dinyatakan adalah merupakan anggaran
dan daripada jumlah tersebut RM142,790,000 akan disalurkan kepada JKR,
RM2,499,250 kepada JPS dan RM61,887,960 kepada PBT manakala baki
RM117,822,790 akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan.Peruntukan yang telah disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya adalah bagi menurap dan
menampal jalan, Jabatan Parit dan Saliran bagi menurap jalan-jalan ladang dan kepada
Pihak Berkuasa Tempatan bagi menaik taraf jalan di bawah kawal selia PBT
berkenaan.
