SISTEM PELUPUSAN SAMPAH
98) SISTEM PELUPUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan teknologi dan kaedahkaedah baru dalam sistem pelupusan sampah di Negeri Selangor yang prihatin terhadap alam sekitar berbanding dengan kaedah ÔlandfillÕ?
Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk memperkenalkan
teknologi-teknologi baru dalam pelupusan sisa pepejal ini. Sehingga kini Kerajaan
Negeri telah mengenal pasti 2 teknologi yang sesuai untuk digunapakai iaitu Mechanical
Biological Treatment (MBT) dan juga Materials Recovery Facility (MRF).
Kedua-dua teknologi ini telah diterangkan secara terperinci oleh Worldwide Holdings
Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri yang mempunyai kepakaran dalam pelupusan
sisa pepejal ini. Ia dinyatakan dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan
sanitari sedia ada.
Walau bagaimanapun, setelah meneliti kedua-dua cadangan ini, Kerajaan Negeri
berpandangan bahawa ia melibatkan perbelanjaan modal yang amat besar.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menulis kepada Kerajaan Persekutuan supaya
bantuan boleh diberikan kepada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan cadangan ini.
