BEKALAN AIR
117) BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak Syabas mengumumkan bahawa paras simpanan air di semua empangan di Selangor menurun mendadak berikutan musim kemarau yang berlarutan panjang. Apakah kaedah dan strategi Kerajaan Selangor untuk mencegah keadaan tidak ada bekalan air sekiranya musim kemarau kelarutan lagi?
Bagi menangani masalah kekurangan bekalan air di musim kemarau, Kerajaan Negeri
Selangor akan menyarankan kepada pihak operator empangan supaya menjalankan
proses pelepasan air secara terkawal bagi mengelakkan lebihan air di aliran sungai.
Selain itu, pihak operator loji pula akan disarankan supaya menjalankan proses rawatan
seperti biasa di samping menyediakan simpanan air terawat yang mencukupi di tangki
simpanan loji rawatan. Namun begitu, peranan pengguna juga amat penting sewaktu
musim kemarau iaitu menggunakan air secara berhemah, berjimat cermat dan
mengelakkan sebarang pembaziran penggunaan air.
