PERTUMBUHAN EKONOMI
128) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan dan sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Selangor?
Ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku kedua tahun
2009. Ini telah dicerminkan oleh peningkatan pengeluaran industri dan eksport dan telah
menghasilkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik di beberapa negara maju. Bagi
negeri Selangor, jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 adalah dianggarkan
dalam sekitar 2% – 3% berbanding keadaan yang menguncup pada tahun 2009.
Kerajaan sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi 5 tahun
yang akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui pelbagai inisiatif yang
diperkenalkan oleh Kerajaan. Inisiatif kerajaan bagi menggiatkan lagi pertumbuhan
ekonomi negeri termasuklah :-
i) Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi
negeri;
ii) Melaksanakan amalan ketelusan (transparency) dalam semua peringkat
pentadbiran;
iii) Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran;
iv) Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat
Kerajaan;
v) Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik
pelaburan baru ke negeri Selangor.
Tumpuan utama akan diberi kepada sektor-sektor perdagangan dan perkhidmatan
seperti logistik, kewangan dan ICT. Sektor perkhidmatan ini dianggar akan tumbuh
positif dan memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada KDNK negeri Selangor.
Pertumbuhan ini akan dipacu oleh kecergasan aktiviti subsektor komunikasi, kewangan,
insurans, perdagangan borong dan runcit dan yang berkaitan dengan sektor
perkhidmatan.
