LATIHAN KEPADA GOLONGAN BELIA

68) LATIHAN KEPADA GOLONGAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan mensasarkan supaya para belia dilatih dan disediakan pekerjaan yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. Apakah status kejayaan program tersebut?

    Kerajaan Negeri sentiasa membuka peluang kepada rakyat Selangor untuk
    menceburi bidang keusahawanan ke arah meningkatkan pendapatan sendiri yang
    tidak terhad. Pelbagai latihan telah disusun setiap tahun dan ianya dihebah di setiap
    daerah bagi memastikan program ini diketahui umum. Penyertaan orang ramai
    terhadap program latihan ini amat menggalakkan dan hampir 85 peratus peserta
    yang hadir bagi setiap kursus adalah terdiri daripada golongan belia.

Lampiran

Tiada Lampiran.