SUKAN
78) SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat perancangan kerajaan negeri dalam menangani kesuraman aktiviti sukan antarabangsa di Selangor di samping memaksimumkan penggunaan kelengkapan yang kita ada seperti Stadium Shah Alam dan sebagainya, Huraikan
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa
bekerjasama dengan Persatuan-persatuan Sukan Negeri Selangor membuat
perancangan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
Penganjuran kejohanan biasanya dibincangkan bersama Persatuan-persatuan
Sukan Kebangsaan selain Majlis Sukan Negara. Pihak Majlis Sukan Negeri
mahupun Persatuan Sukan Negeri sentiasa bekerjasama dan mencari peluangpeluang bagi penganjuran kejohanan-kejohanan yang difikirkan sesuai dengan
bantuan dan peruntukan yang disediakan sama ada oleh Persatuan Sukan
Kebangsaan ataupun Majlis Sukan Negara.
Kejohanan-kejohanan peringkat negeri ada dianjurkan oleh persatuan-persatuan
negeri dan mendapat bantuan kewangan dari Majlis Sukan Negeri.
