PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
134) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penyelenggaraan jalan di MBSA adalah sekitar RM5 juta setahun berbanding pendapatan tahunan sekitar RM210 juta. Huraikan kenapakah belanjawan untuk penyelenggaraan ini kecil berbanding pendapatan yang diperolehi?
Dalam belanjawan 2010, pihak Majlis hanya menyediakan sekitar RM5 juta kerana
Majlis menjangkakan akan mendapat geran penyelenggaraan jalan (MARRIS) 2010
sebanyak RM7 juta. Geran tersebut akan digunakan semuanya untuk kerja-kerja
penyelenggaraan jalan.
