CUCIGALI PASIR SUNGAI DI DAERAH PETALING
220) CUCIGALI PASIR SUNGAI DI DAERAH PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kontrak cuci gali pasir sungai yang telah diberikan oleh kerajaan negeri di daerah Petaling sehingga kini? Siapakah kontraktor-kontraktornya dan apakah skop kerja mereka?
Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan atau memberikan kontrak cucigali pasir
sungai kepada mana-mana kontraktor di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri hanya
mengeluarkan permit untuk mengeluarkan dan mengalihkan pasir sahaja. Permit hanya
dikeluarkan kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
