PROSES TARIKH PERMOHONAN

71) PROSES TARIKH PERMOHONAN

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berkenaan dengan tauliah mengajar di surau dan masjid seluruh Selangor, berapa lamakah proses untuk memperoleh bermula dari tarikh permohonan ?

    Sebaik sahaja permohonan tauliah diterima di ibu pejabat, permohonan akan direkodkan
    untuk sesi temuduga pada bulan berikutnya. Sekiranya pemohon lulus dalam sesi
    temuduga, beliau akan diberikan kebenaran sementara untuk mengajar / berceramah,
    dalam tempoh 14 hari daripada tarikh temuduga tersebut. Proses untuk mendapat
    kebenaran sementara berceramah adalah selama 3 bulan bermula daripada tarikh
    penerimaan sesuatu permohonan di ibu pejabat.
    Keputusan muktamad berhubung dengan pengeluaran kad tauliah pemohon adalah
    sukar ditetapkan kerana ia tertakluk kepada tapisan keselamatan daripada pihak polis.
    Walaubagaimanapun sementara menunggu keputusan tapisan keselamatan, pihak
    pemohon yang melepasi sesi temuduga dibenarkan untuk mengajar / berceramah.

Lampiran

Tiada Lampiran.