KAFE SIBER. PUSAT KAFE SIBER BERPOTENSI MENJADI TEMPAT PELAJAR SEKOLAH BERPELESERAN DAN PONTENG SEKOLAH

47) KAFE SIBER. PUSAT KAFE SIBER BERPOTENSI MENJADI TEMPAT PELAJAR SEKOLAH BERPELESERAN DAN PONTENG SEKOLAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan untuk pengusaha kafe siber untuk mengekang pelajar ?

    Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) telah menyediakan garis panduan yang khas untuk pusat siber dan kafe siber bagi memperketat dan mengawal aktiviti di pusat tersebut. Selain itu terdapat juga Undang-undang Kecil(UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber memaklumkan bahawa pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki pusat siber dan kafe siber. Pihak PBT juga telah mensyaratkan dalam pengeluaran lesen pusat siber dan kafe siber di mana pelanggan di bawah umur 12 tahun boleh berada di dalam premis sehingga 10 malam sahaja dan sekiranya pengusaha tersebut gagal mematuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan pengusaha tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dan menyebabkan lesen pengusaha tersebut boleh ditarik balik. Sementara itu, Pengeluaran lesen pusat siber dan kafe siber masih dibekukan di seluruh Negeri Selangor berikutan penyalahgunaan fungsi premis dan sering menjadi tempat remaja/pelajar sekolah ponteng. Penambahbaikan Undang-undang Kecil(UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber di PBT dan penetapan konsep premis sedang di usahakan oleh Kerajaan Negeri  bagi mengawal aktiviti perniagaan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.