PENCURIAN PASIR
64) PENCURIAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada tahun ini, berapakah orang yang telah ditangkap dan berjaya didakwa untuk pencurian pasir?
Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga 26 Oktober 2010 oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat sembilan puluh enam (96) tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober 2010 di beberapa lokasi hotspot yang dikenal pasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan penyangak pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi di pasaran pada masa kini.
Pecahan statistik penangkapan mengikut daerah adalah seperti berikut :-
Bil. Pejabat /Daerah Jumlah Tangkapan 1. Pejabat Tanah Sepang 28 2. Pejabat Tanah Hulu Langat 24 3. Pejabat Tanah Kuala Langat 20 4. Pejabat Tanah Hulu Selangor 10 5. Pejabat Tanah Gombak 10 6. Pejabat Tanah Kuala Selangor 2 7. Pejabat Tanah dan Galian Selangor 2 Jumlah Tangkapan 96
