PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG

71) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan Projek Pembersihan Sungai Kelang? Apakah rasional Kerajaan Negeri menukar status pembiayaan projek ini daripada Public-Private Initiative (PPI) kepada Private Financing Initaitive (PFI)?

    Projek Sungai Klang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mengguna pakai konsep Public/Private Partnership (PPP) dan Private Funding Initiative (PFI). Di dalam konteks Kerajaan Negeri, projek-projek perniagaan atau pembangunan akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan pulangan tunai dan bukan tunai untuk membiayai projek Sungai Klang tersebut.

    Contoh-contoh projek untuk pembiayaan tersebut ialah:-

    • Projek Pembangunan Taman Keramat AU2 seluas lebih kurang 4 ekar yang di tender kepada umum pada 1 November 2010 – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 20 juta untuk Projek Sungai Klang.
    • Projek Pembangunan di kawasan Sungai Sering seluas lebih kurang 75 ekar yang telah di tender pada Julai 2010 tetapi akan di tender semula untuk mendapatkan pulangan lebih baik – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 150 juta ke atas untuk kerajaan negeri dan Projek Sungai Klang.
    • Projek Pembangunan di Seksyen 24, Shah Alam; masih di peringkat kerja-kerja awal – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 30 juta ke atas untuk Projek Sungai Klang.
    • Projek Khas di I-City, Seksyen 7 Shah Alam; masih di peringkat kerja-kerja awal – Dijangka akan memberi impak besar kepada kebersihan Sungai Rasau yang mengalir ke Sungai Klang.

    Maka, tiada masalah dari segi menukar konsep pembiayaan kerana yang penting ialah konteks pembiayaan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri seperti yang diterangkan. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa konteks ini lebih mantap dan berfaedah kepada Kerajaan Negeri di mana perbelanjaan adalah berdasarkan pulangan yang berjaya diperoleh. Lebih banyak projek pembiayaan berjaya dilaksanakan, lebih banyak faedah yang diperoleh untuk pemuliharaan Sungai Klang. Ini menjadikan Kerajaan Negeri lebih bermotivasi untuk mendapatkan pulangan-pulangan yang lebih baik di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.