PELABURAN
88) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tahniah rombongan ke luar negara yang di ketuai oleh EXCO bertanggungjawab yang baru-baru ini membawa pulang berbillion ringgit hasil pelaburan tersebut. Apakah prasangka mereka terhadap Kerajaan Negeri Selangor bila mana banyak Negara-negara asing menarik balik atau enggan meneruskan pelaburan juga perdagangan mereka dengan Kerajaan Malaysia, dan apakah rancangan kita di tahun-tahun yang akan datang untuk menambahkan lagi pelaburan kita?
Hasil daripada pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan kebanyakan para pelabur masih berpandangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan aktiviti pelaburan di Malaysia, khususnya di Negeri Selangor dimana kebanyakan syarikatsyarikat yang dilawati merancang dan telah membuat penambahan pelaburan mereka di negeri yang sedia ada di Negeri Selangor
lagi pelaburan di tahun-tahun yang akan datang Kerajaan Negeri akan sentiasa melaksanakan program-program seperti berikut;-
- Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
- Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
- Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
- Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
- Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah. vii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
- Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
- “Hand hold” program
- Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
