PENCAPAIAN JAWATANKUASA TETAP SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
100) PENCAPAIAN JAWATANKUASA TETAP SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah "Key Performance Index" dan "Key Result Areas" Jawatankuasa Tetap di atas?
Key Performance Index dan Key Result Areas Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bil Teras Key Performance Index Key Result Areas 1.
Memacu pembangunan modal insan
a. Bilangan penyertaan agensi kerajaan dan swasta dalam Exhibition Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor Tahun 2010 (FesSTIS’10).
b. Bilangan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang ditubuhkan dan menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.
Memupuk kesedaran terhadap teknologi sebagai budaya.
2. Menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan a. Peratus (%) rakyat tempatan yang terlibat dalam industri pelancongan, kotej dan keusahawanan melalui Projek Bioteknologi dan
Program Spirulina di
Negeri Selangor
Peningkatan keupayaan dan pendapatan rakyat menerusi Sains, Teknologi dan Inovasi
3. Menambah baik Tadbir Urus
a. Peratus (%) capaian perkhidmatan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN) berdasarkan kepada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.
b. Bilangan perkhidmatan percuma wi-fi di antara perkhidmatan yang diberikan kepada pembayar cukai taksiran (melalui
Majlis Tempatan)
Penyediaan prasarana infrastruktur & infostruktur kepada rakyat. 4. Menjana sumber pertumbuhan baru a. Bilangan Geran R&D STI yang ditawarkan kepada pemohon yang layak.
Jalinan kerjasama pintar antara pencipta, institusi R&D dan penggiat industri.
5. Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi agama a. Bilangan program yang menyediakan
penyelesaian sesuatu isu atau keperluan sesebuah organisasi/komuniti berasaskan STI.
Kesedaran rakyat terhadap penyelesaian alternatif dan teknologi hijau dan teknologi terkini.
