KECURIAN PASIR

111) KECURIAN PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri dikatakan mahu mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi membanteras kecurian pasir. Nyatakan keahlian dan terma rujukan jawatankuasa khas tersebut?

    Keahlian Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan adalah seperti berikut:

    Pengerusi: 

    YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    Urusetia: 

    Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor

    Ahli-Ahli:  

    Pengarah Tanah dan Galian Selangor

    Semua Pentadbir Tanah

    Semua PBT

    Jabatan Alam Sekitar (JAS)

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

    Jabatan Kerja Raya (JKR)

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    Jabatan Mineral dan Geosains

    Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)

    Terma Jawatankuasa

    1. mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan pasir;
    2. mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan; dan
    3. memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syarat-syarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.