PADAT

119) PADAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran jangka panjang dan jangka pendek PADAT?

    Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:

    1. Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,
    2. Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan persuratan,
    1. Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan Selangor,
    2. Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian Melayu dan warisan Selangor,
    3. Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat Melayu dan warisan Selangor ,
    4. Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan warisan Selangor,
    5. Memasukkan idea dan peralatan teknologi moden dalam sistem pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan Perbadanan.
    6. Mewujudkan desa budaya di setiap pintu masuk utama ke Negeri Selangor dengan tujuan untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan,
    7. Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,
    8. Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran akan diwujudkan,
    9. Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur dan modal insan,
    10. Lawatan kerja rasmi dalam dan luar Negara utama terpilih untuk melihat amalan membangun dan mempromosi adat dan warisan,
    11. Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran semua muzium di bawah PADAT,
    12. Mengadakan Konvensyen Adat Melayu Selangor dengan tujuan memperjelaskan peranan adat dalam pembentukan jati diri dalam masyarakat Melayu,
    13. Mengangkat dan mewarta seni warisan sebagai identiti Negeri Selangor.

    Sasaran Jangka Pendek

    1. Mengadakan penyelidikan adat dan warisan dengan bantuan pakar-pakar dan pengkaji daripada Universiti Tempatan,
    2. Menaiktaraf pameran di muzium-muzium di bawah PADAT,
    3. Melaksanakan pengembangan organisasi melalui penambahan kualiti dan kuantiti warga kerja PADAT,
    1. Pembangunan modal insan dengan menyediakan serta melaksanakan kursuskursus dan latihan kepada warga kerja PADAT ,
    2. Meneruskan kerja-kerja ekskavasi arkeologi di daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor,
    3. Mengadakan bengkel yang berkaitan seni dan warisan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.