BANDAR SELAMAT DAN TANPA HALANGAN
150) BANDAR SELAMAT DAN TANPA HALANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mencegah jenayah di kawasan perbandaran?
Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi mewujudkan bandar dan pekan selamat. Program ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-52 pada 11 Oktober 2004 untuk dilaksanakan di semua PBT di seluruh negara dan kerajaan Negeri diminta untuk memantau pelaksanaannya. Sehingga Januari 2010, sebanyak 39 PBT yang bertaraf bandaraya dan perbandaran telah menyertai Program Bandar Selamat dan JPBD telah memantau kemajuan pelaksanaan Program Bandar Selamat.
Pihak Kerajaan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) juga telah memperakukan pelaksanaan 3 strategi dan 23 langkah-langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat. Mulai November 2009, program bandar selamat yang diperkenalkan pada tahun 2004 telah dibuat kajian semula dan penakrifan baru oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia bagi menambahbaik program bandar selamat ini supaya ianya dapat mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir 2010. Jenayah jalanan merangkumi jenayah ragut, samun tanpa bersenjata api dan samun berkawan tanpa bersenjata api.
Kajian semula Program Bandar Selamat sedia ada merupakan di antara aktiviti
NKRA di bawah tindakan KPKT. Lanjutan itu, JPBD bersama stakeholders Program Bandar Selamat telah berbincang dan bersetuju untuk memantapkan 23
Langkah Program Bandar Selamat kepada 15 Langkah. Program Bandar Selamat dipinda dan dimantapkan berdasarkan keberkesanaan pelaksanaan program di PBT, cadangan NKRA Lab Jenayah serta pandangan daripada wakil Kementerian Dalam Negeri, Polis DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, JPBD Negeri dan NGO.
