TOURISM SELANGOR

151) TOURISM SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tourism Selangor telah diamanahkan untuk menguruskan tiket penerbangan pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Selangor sama ada di dalam atau di luar negara. Apakah rasionalnya kos tambang penerbangan yang di kenakan adalah jauh lebih tinggi kalau di bandingkan dengan kos yang di tawarkan oleh agensi travel and tours yang lain ?

    Jabatan Pelancongan menguruskan tempahan tiket penerbangan untuk jabatan kerajaan dan orang awam. Kos tambang penerbangan adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan mengikut kategori yang dipilih oleh pelanggan. Tiket penerbangan terbahagi kepada kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Setiap kelas penerbangan ditawarkan harga istimewa mengikut kuota dan terma yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

    • Jabatan Kerajaan

    Pelanggan dari jabatan kerajaan akan dinasihatkan untuk membeli tiket penerbangan harga penuh kerana sebarang pertukaran pada masa dan tarikh penerbangan tidak dikenakan bayaran penalti. Walau bagaimanapun, setiap pelanggan dari jabatan kerajaan akan dimaklumkan tentang tambang harga istimewa serta terma tiket istimewa sebelum tiket dikeluarkan (issued). Sekiranya pelanggan membeli tiket penerbangan harga istimewa, sebarang pertukaran pada masa dan tarikh penerbangan akan dikenakan bayaran penalti atau tiket tersebut akan terbatal sekiranya tidak digunakan mengikut tarikh asal pembelian. Memandangkan pembelian tiket dari jabatan kerajaan adalah pada saat akhir dan kadang-kala tidak mendapat kepastian dan kelulusan jabatan maka pembelian tiket adalah mengikut kekosongan pada masa penempahan tiket. Pembelian tiket menggunakan waran penerbangan udara adalah menggunakan harga penuh di mana ‘upgrading’ boleh dibuat dari kelas ekonomi ke kelas perniagaan tanpa sebarang caj tambahan mengikut kekosongan tempat duduk pada kelas tersebut.

    • Orang Awam

    Pelanggan selain dari jabatan kerajaan iaitu orang awam adalah digalakkan membeli tiket penerbangan harga istimewa kerana murah dan tarikh penerbangan tiada perubahan di saat akhir. Namun, setiap pelanggan akan dimaklumkan terma kelas tiket yang hendak dibeli sebelum tiket dikeluarkan (issued).

Lampiran

Tiada Lampiran.