DISKAUN BUMIPUTERA UNTUK PEMBELIAN RUMAH RM500,000 KE ATAS

154) DISKAUN BUMIPUTERA UNTUK PEMBELIAN RUMAH RM500,000 KE ATAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan bercadang menilai kembali diskaun pembelian rumah berharga RM500,000 ke atas dan digantikan dengan satu sistem alternatif yang meminta pembeli rumah membayar harga penuh di mana sebahagian wang yang dibayar digunakan untuk membantu orang miskin memiliki rumah sendiri di bawah satu tabung amanah?

    Untuk makluman Y.B, Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 14 Oktober 2010 telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) sebagai pengerusi, REHDA (ahli) dan LPHS sebagai urus setia bagi  membincangkan/ melihat lebih mendalam mengenai pembangunan industri perumahan di negeri Selangor terutamanya dari aspek diskaun Bumiputera dan kaedah pelepasan kuota Bumiputera. Ianya bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa untuk diduduki.

    Bagi cadangan di atas, sekiranya boleh dilaksanakan dan memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh masyarakat dan juga pemaju, cadangan tersebut akan dimasukkan ke dalam syor/ cadangan jawatankuasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.