TANAH MILIK KERAJAAN
167) TANAH MILIK KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Untuk mengatasi masalah pengangguran yang boleh dikatakan agak serius boleh kah dibenarkan tanah-tanah milik Kerajaan yang terdapat di kawasan pinggir perkampungan dalam negeri Selangor ini dimajukan untuk pertanian jangka pendek (kontan)?
Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya melupuskan tanah kerajaan kerana kerajaan sudah ada satu pendekatan baru dalam mengelolakan aset. Walau bagaimanapun, kaedah pelupusan secara jangka pendek melalui Lesen Pendudukan Sementara boleh dipertimbangkan mengikut merit setiap kes untuk tanaman jangka pendek. Ini diputuskan setelah Pentadbir Tanah yang menerima permohonan daripada pemohon dan membuat pertimbangan setelah mengambil kira ulasan daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkenaan.
