LEPTOSPIROSIS
176) LEPTOSPIROSIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan operasi dan program gotong royong membasmi tikus dan anjing liar yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor di sepanjang tahun 2009 sehingga kini.
Bilangan operasi dan program gotong-royong yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun 2009 sehingga kini adalah seperti berikut :-
BIL PBT OPERASI DAN PROGRAM 2009 2010 1. MBSA • Operasi penangkapan anjing liar dilakukan hampir setiap hari berdasarkan aduan awam dan pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa. Jumlah tangkapan 1,958 ekor. • Majlis tiada menjalankan operasi membasmi tikus secara intensif di mana aktiviti pencegahan lebih ditekankan seperti penjagaan kebersihan premis:-
i) Gotong royong : 151 kali
• Operasi penangkapan anjing liar dilakukan hampir setiap hari berdasarkan aduan awam dan pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa. Jumlah tangkapan 1,323 ekor (sehingga September). • Majlis tiada menjalankan operasi membasmi tikus secara intensif di mana aktiviti pencegahan lebih ditekankan seperti penjagaan kebersihan premis:-
i) Gotong royong : 123kali (sehingga
September) ii) Operasi penangkapan
tikus
(berdasarkan
aduan awan diterima) : 7 aktiviti.
2. MBPJ Operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar (2009 sehingga kini) adalah seperti berikut:-
i) Program gotong-royong membasmi tikus: 40 kawasan.
ii) Menjalankan kerja-kerja kawalan raden di semua gerai dan pasar awam Majlis oleh syarikat yang dilantik setiap 4 bulan sekali.
iii) Program tangkapan anjing liar: setiap hari di kawasan terdapat aduan awam dan kawasan yang menjadi tumpuan anjing liar seperti lokasi longgokan sampah dan kawasan semak-samun. Sepanjang tahun 2009 hingga kini sebanyak 3932 ekor anjing liar telah berjaya ditangkap.
3. MPSJ Bilangan operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar yang telah dilaksanakan oleh MPSJ sepanjang tahun 2009 sehingga September 2010 ialah sebanyak 74 operasi bagi tikus dan 282 operasi penangkapan anjing liar. 4. MPKj Pihak Majlis telah melantik kontraktor “Pest Control” bagi mengatasi masalah tikus. Selain daripada itu Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat juga memainkan peranan dalam membasmi masalah penyakit leptospirosis. Pada masa yang sama sepanjang tahun 2009 sebanyak 141 aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan telah dijalankan. Manakala sehingga Oktober 2010 sebanyak 128 aktiviti gotong-royong telah dijalankan. 5. MPS Bilangan gotong royong yang dijalankan daripada tahun 2009-2010 adalah sebanyak 20 kali. Operasi anjing liar dijalankan setiap hari mengikut aduan yang diterima di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang , 6. MPK • Sebanyak 181 gotongroyong telah diadakan (Sekolah, JKKK Kampung, NGO, Surau dan Kuil)
• Sebanyak 159 gotong-royong telah diadakan (Sekolah, JKKK Kampung, NGO, Surau dan Kuil) 7. MPAJ • Operasi penangkapan tikus: 1,466 ekor. (Di sekitar kawasan Tmn Cahaya, Tmn Cempaka, Pandan Perdana, Cheras Indah, Tmn Maju Jaya dan Tmn Kencana). • Operasi penangkapan anjing liar: 1,497 ekor.
• Operasi penangkapan tikus: 1,725 ekor (sehingga Oktober 2010 di kawasan Pandan Jaya, Pandan Indah, Tmn Kosas, Tmn Rasmi Jaya, Tmn Bkt Indah, Tmn Dagang, Tmn Nirwana, Tmn Muda, Tmn Seraya, Tmn Putra, Bkt. Permai, Tmn Permata, Flat Dato’ Ahmad Razali dan Pekan Ampang). • Operasi penangkapan anjing liar: 988 ekor (sehingga September).
8. MPSp TIADA OPERASI DIJALANKAN 9. MDKS TIADA 10. MDSB Tiada menjalankan sebarang operasi atau program gotong royong khusus bagi membasmi tikus dan anjing liar. Operasi yang telah dijalankan adalah menembak anjing liar berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada orang awam 11. MDHS MDHS menjalankan 74 program gotong-royong bagi mengatasi masalah anjing liar dan tikus. 12. MDKL Operasi dan program gotong-royong membasmi tikus dan anjing liar (2009 sehingga kini) adalah seperti berikut:- i. Operasi Anjing: 210 kali
ii. Operasi Tikus: Tiada
