PERUNTUKAN MESRA RAKYAT DUN-DUN
177) PERUNTUKAN MESRA RAKYAT DUN-DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di bawah peruntukkan mesra rakyat KHASNYA untuk DUN Morib ke manakah perbelanjaan tersebut di salurkan dan siapakah yang diberi tanggungjawab menguruskan perbelanjaan tersebut?
Perbelanjaan Peruntukan Mesra Rakyat adalah berdasarkan kepada empat (4) kategori yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2010 : Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor. Bagi DUN Morib, Y.B. Dato’ Dr. Hassan Bin Mohamed Ali selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjaga kawasan tersebut telah melantik Haji Hasnul Bin Baharuddin sebagai Pengurus Pusat Khidmat DUN Morib Kerajaan Negeri Selangor, bagi mengurus perbelanjaan Peruntukan Mesra Rakyat DUN Morib. Butiran berkenaan perbelanjaan bagi tujuan tersebut adalah seperti di Lampiran A.
