PERKHIDMATAN KESIHATAN

84) PERKHIDMATAN KESIHATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Salah satu janji kita semasa pilihan raya umum yang lalu adalah perkhidmatan kesihatan percuma untuk golongan miskin. Kita faham kita bukan di bawah Kerajaan Persekutuan. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk menunaikan janji tersebut ?

    Kerajaan negeri telah melaksanakan Skim Bantuan Kesihatan Rakyat Miskin Negeri Selangor bermula pada Jun 2009 di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sebagai salah satu usaha bagi menunaikan janji di dalam pilihan raya untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Di dalam skim ini, Kerajaan negeri menawarkan tiga jenis bantuan seperti berikut:

    • Dialisis buah pinggang = RM 2,000.00 di bayar secara ‘one off’ kepada pusat dialisis atau hospital
    • Katarak Mata = RM 1,200 bagi sepasang mata di bayar kepada pihak pembekal kanta
    • Pembedahan Kecil = RM 5,000.00 dibayar ‘one off’ kepada pihak hospital.
    • Lain-lain permohonan = bergantung pada jenis permohonan yang bersesuaian.

    Selain itu, Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Pusat Dialisis Rakyat di bawah portfolio Y.B Rodziah binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.