MASALAH ISU BAU BUSUK DI BEKAS LOMBONG, TAMAN SRI MANJA
86) MASALAH ISU BAU BUSUK DI BEKAS LOMBONG, TAMAN SRI MANJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Satu laporan terperinci telah dikemukakan kepada pihak Menteri Besar, MTES dan EXCO Alam Sekitar bertarikh 23 Oktober 2009, laporan itu telah dilencongkan balik kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk tindakan lanjut oleh mereka sebelum membentangkan ke MTES untuk tindakan pihak negeri. Bilakah jabatan kesihatan dalam MBPJ akan memasukkan laporan di mana ia sudah diketahui bahawa majlis penuh MBPJ telah menyokong laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kerja ÒTask ForceÓ Alam Sekitar, Masalah Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2s) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya, bawah LA21Pj, MBPJ bertarikh 23 Oktober 2009
Berhubung laporan terperinci yang dikemukakan kepada Menteri Besar, MTES dan EXCO pada 23 Oktober 2009, ia merupakan laporan yang dihasil dan dikemukakan sendiri oleh pihak YB Edward Lee Poh Lin kepada Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, setelah laporan tersebut dilencongkan kepada Majlis, ‘Draf Laporan Ringkasan Eksekutif” – Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2S) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya yang dimaksudkan telah disemak oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal Tasik Lombong PJS 3, MBPJ dan beberapa fakta tambahan telah dimasukkan. Kemudian, sesalinan Draf Laporan telah dipanjangkan semula kepada Y.B Edward Lee Poh Lin pada 11 Ogos 2010 untuk persetujuan dan arahan selanjutnya sebelum ia diangkat ke dalam
