PELAN PEMBANGUNAN SEMULA DI PBT
54) PELAN PEMBANGUNAN SEMULA DI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Petaling Jaya Khususnya Damansara Utama merupakan bandar yang di lahirkan pada 1970an. Terdapat banyak bangunan komersial, industri dan kedaikedai yang berbentuk zaman itu dan sekarang tidak sesuai untuk masa kini. Ekorannya terdapat banyak bangunan yang kosong atau dalam status kurang memuaskan. Kedudukan ini menarik aktiviti-aktiviti yang kurang baik (pelacuran dan aktiviti berjudi menyamar sebagai perniagaan tulen). Betapa seriusnya keadaan ini?
Di kawasan ini aktiviti perniagaan dikawal oleh Majlis secara berterusan oleh Bahagian Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa. Oleh yang demikian, isu ini tidak merupakan isu yang serius.
